Pelanggan boleh membuat tempahan janji temu untuk diri sendiri atau

tanggungan melalui kaedah berikut:

  • Pelanggan perlu melayari dan log masuk ke aplikasi MySejahtera melalui telefon pintar
  • Klik ikon [Janji Temu] pada halaman utama aplikasi MySejahtera
  • Pilih nama individu yang ingin hadir ke klinik
  • Pilih perkhidmatan
  • Pilih lokasi Klinik Kesihatan/Klinik Pergigian.
  • Pilih slot masa janji temu yang masih tersedia
  • Sahkan butiran diri dan semua maklumat yang tertera.
  • Tekan butang [Hantar].

Slot janji temu anda telah ditempah dan pastikan hadir mengikut waktu janji temu

yang ditetapkan.