Sekiranya pelanggan mengalami kes kecemasan pergigian seperti di bawah,

pesakit boleh hadir terus ke klinik pergigian terhampir tanpa membuat tempahan

janji temu:

  • i.    sakit gigi;
  • ii.    gusi bengkak dan bernanah;
  • iii.    bengkak pada kawasan muka dan leher; 
  • iv.    komplikasi selepas cabutan;
  • v.    sakit saraf di sebelah muka (Trigeminal Neuralgia);
  • vi.    trauma/kecederaan pergigian seperti:
    • a.    gigi terkeluar dari soket (avulsi);
    • b.    kecederaan tisu lembut;
    • c.    lain-lain kecederaan pada kawasan muka yang dikenalpasti;
    • d.   lesi &ketumbuhan yang tidak diketahui punca;
    • e.    gigi/tampalan pecah menyebabkan luka dan kesakitan;
    • f.    gigi palsu patah;
    • g.    braket ortodontik tercabut/longgar;
    • h.    korona/jambatan longgar/tertanggal.