Adakah terdapat risiko penularan mpox di Malaysia?

Diubah suai pada Mon, 23 Sep pada 10:06 PG

Terdapat risiko kes dengan jangkitan mpox clade I dikesan di Malaysia kerana terdapat kemasukan pengembara (warganegara dan bukan warganegara) dari negara endemik dan yang melaporkan kes mpox dalam kalangan manusia. Walau bagaimanapun risiko penularan mpox clade I di Malaysia  adalah rendah. Setakat ini, tiada kes mpox clade I dilaporkan di Malaysia. 


Malaysia telah melaporkan kes mpox sebelum ini, iaitu sebanyak sembilan (9) kes dengan kes pertama dilaporkan pada Julai 2023 dan kes terakhir dilaporkan pada November 2023. Kesemua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko. Kesemua kes juga merupakan jenis mpox clade II dan telah sembuh sepenuhnya serta tiada kematian dilaporkan.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut