Individu akan menunjukkan gejala mpox dalam tempoh 21 hari selepas terdedah kepada kes mpox.
Gejala mpox biasanya termasuk demam, sakit kepala, lemah tubuh badan, bengkak pada kelenjar limfa dan ruam/ lepuh yang boleh timbul pada mana-mana bahagian badan lazimnya pada muka, tapak tangan, tapak kaki, dan alat kelamin. Ruam/ lepuh yang timbul boleh mengandungi cecair dan kemudian menjadi keruping, kering, dan tertanggal. Ruam/ lepuh boleh berlarutan sehingga 2 - 4 minggu atau lebih bergantung kepada tahap imuniti seseorang.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut