Apakah tindakan pencegahan mpox oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Diubah suai pada Mon, 23 Sep pada 10:45 PG

Antara tindakan pencegahan mpox adalah seperti berikut:

 

  1. Meningkatkan pemantauan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di mana semua pengembara yang tiba dari negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari bagi gejala jangkitan mpox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia;
  2. Memastikan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk menotifikasi kes disyaki mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan. Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023” di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my );
  3. Memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia di mana buat masa ini terdapat 13 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk lima (5) makmal swasta;
  4. Memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan seperti spa, urutan, dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit. Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang mempunyai gejala tersebut, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan;
  5. Mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti seperti spa & sauna; dan
  6. Menjalankan hebahan awam nasihat kesihatan berkaitan mpox di semua platform di media sosial dan media konvensional, serta aktiviti pemerkasaan komuniti di lapangan mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan kendiri.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut