Tidak, slot janji temu VOT tidak boleh ditempah sendiri melalui MySejahtera sebaliknya janji temu VOT hanya boleh diberikan dan ditempah oleh staf kesihatan. Staf kesihatan akan menentukan samada pesakit layak menjalani VOT atau tidak dan sekiranya dianggap layak, tarikh dan masa slot janji temu akan dipaparkan di dalam kad janji temu dalam aplikasi MySejahtera pesakit.