Setiap hari darah diperlukan untuk perawatan pesakit demi menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit yang bergantung kepada tranfusi darah seperti leukemia, barah, talasemia, dan kecacatan faktor koagulasi. Sumbangan anda boleh membantu menyelamatkan nyawa pesakit.