Proses keseluruhan pendermaan darah bermula daripada pendaftaran penderma hingga selesai dan akan mengambil masa sekitar 30 hingga 60 minit. Tempoh masa ini boleh berbeza mengikut beberapa faktor yang dikenalpasti seperti penilaian kelayakan untuk menderma darah, sejarah kesihatan penderma dan bilangan kehadiran penderma di pusat kutipan darah.