Anda perlu membawa kad pengenalan MyKAD/Pasport anda untuk tujuan pengesahan bersama segala dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu). Sekiranya anda hadir untuk saringan kesihatan, sila bawa bersama borang saringan yang berkaitan(sekiranya ada). Sila pastikan aplikasi MySejahtera anda telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.