Tarikh pertama yang ditunjukkan adalah merujuk kepada tarikh kes yang telah di sahkan oleh pihak KKM. Tarikh ini mungkin berbeza daripada tarikh rawatan anti-TB dimulakan. Manakala, tarikh akhir pada kad adalah tarikh jangkaan tamat tempoh rawatan atau pemantauan yang dikira daripada tarikh kes disahkan.