Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi yang pada asalnya dibangunkan untuk membantu Kerajaan menguruskan wabak COVID-19 di Malaysia dengan, antara lain, membenarkan pengguna menjalankan penilaian kesihatan diri, memantau status kesihatan dan berkongsi maklumat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan yang perlu dapat diambil.


Aplikasi ini dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ketika negara bergerak daripada fasa pandemik kepada fasa endemik, MySejahtera berkembang daripada alat yang direka khusus untuk memerangi wabak COVID-19 kepada aplikasi kesihatan awam. 

Apabila anda log masuk ke Aplikasi MySejahtera, anda boleh dengan selamat:


· Melihat status risiko COVID-19 dan swab terkini yang dilakukan untuk anda dan akaun tanggungan anda

· Melihat dan muat turun sijil vaksinasi COVID-19 untuk anda dan tanggungan anda

· Melaporkan Keputusan Ujian Sendiri COVID-19 untuk anda dan akaun tanggungan anda

· Menerima janji temu untuk suntikan vaksinasi COVID-19

· Isi Borang Pra-Berlepas untuk Pengembara Luar Negara dan lihat kad Pengembara anda

· Melihat sijil vaksinasi anak anda dalam Program Imunisasi Kebangsaan

· Melihat rekod pemeriksaan kesihatan anda yang lengkap

· Menggunakan Penjjejak Penyakit Berjangkit di sekeliling anda

· Memudahkan pencarian Kemudahan Penjagaan Kesihatan di sekeliling anda

· Menerima berita kesihatan dan kesejahteraan terkini

· Mendapat pemberitahuan tentang amaran kesihatan